BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 9 September 2011

LUAHAN HATIKU

Andainya pa tahu..
Apabila ma jatuh cinta,
pa tidak semestinya punya segalanya
tetapi pa itu adalah segalanya di hati ma.

Andainya pa tahu..
Apabila ma mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna ma lemah,
tetapi ma sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai pa.

Andainya pa tahu..
Apabila ma marah,
memang ma tidak mampu mengawal perasaan ma
tapi percayalah, itulah maknanya
ma sangat mengambil berat dan menyayangi pa.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya pa tahu..
Apabila ma bercakap banyak,
ma tidak pernah bermaksud untuk membuat pa rimas,
tapi ma mahu pa mengenali ma dengan lebih dekat.

Andainya pa tahu..
Apabila ma berkata ma mahu pa berubah,
itu bukan bermakna ma tidak mahu menerima pa seadanya,
tetapi ma mahu menjadikan pa lebih baik,
bukan untuk diri ma,
tetapi untuk masa depan pa.

Andainya pa tahu..
Apabila ma cemburu dan tidak percayakan pa,
bukan bermakna ma tidak sayang..
tetapi ma terlalu sayangkan pa
dan masih menganggap pa anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 ma terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
pa akan mengkhianati kepercayaan yang ma beri.
Naluri keibuan ma sangat kuat.
Ma hanya mahukan yang terbaik untuk pa.

Andainya pa tahu..
Apabila ma merajuk,
jangan kata ma mengada-ngada.
Ma bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat ma rasa dihargai.

Andainya pa tahu..
Apabila ma jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud ma tidak menyintai
tetapi ma mahu pa itu merasai sendiri cinta ma,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuh ma.

Andainya pa tahu..
Apabila ma kata ma rindu kepada pa,
ma benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayangan pa akan sentiasa bermain di mata.

Andainya pa tahu..
Apabila ma kata lelaki lain itu lebih baik dari pa,
jangan percaya kata-kata ma
kerana ma hanya mahu menguji pa.
Ma mahu melihat sejauh mana pa sanggup menjadi yang terbaik di mata ma.
Walaupun sebenarnya memang palah yang terbaik di hati ma.
Selagi ma dengan pa, percayalah,
walaupun ma menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata ma
tetapi di hati ma, pa tetap yang terbaik.

Andainya pa tahu..
Apabila ma menjadi degil,
ma bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi ma mahu melihat
sejauh mana pa itu mampu bersabar dengan kerenah ma.
Percayalah, hati ma sangat lembut.
Andainya kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya ma menukar fikiran ma dalam masa sesaat.

Andainya pa tahu..
Apabila ma berkata,
“tolong tinggalkan ma!”,
ma tidak bermaksud menyuruh pa pergi selamanya.
Ma hanya mahu menenangkan fikiran ma sebentar saja.

Apabila ma kembali tenang,
percayalah ma akan mencari pa semula.
Itu tandanya ma benar-benar menyintai pa.
Ma sukar untuk mengawal perasaan.
Ma terlalu emosional.
Tapi malah yang paling menyayangi pa
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri pa.

Andainya pa tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan serma satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi perempuan punya kekuatan tersendiri
yang dapat menggoncang dunia
dan mungkin dapat  pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran ma dalam hidup pa
kerana ma didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi ma juga ada kekuatan untuk menyokong pa
dan membuatkan hidup pa lebih sempurna.
Malah yang bakal menjadi ma bekerjaya, isteri juga ma
yang terbaik untuk anak2 pa.

0 ulasan: